Saturday, November 3, 2012

PREGNANT???

Alhamdulillah setelah 2x mengalami keguguran berturu-turut aku disahkan hamil pada 23 Mei 2012. Kiranya last period aku 26 April 2012, suka??? mesti lah suka bila tau. Tapi aku xkecoh2 ng semua orang sebab pengalaman BLEEDING sebelum nie membuatkan aku lebih berhati-hati.

Rutin harian aku macam biasa..tp aku banyak berehat dan tidak buat kerja berat. Banyaklah akvitivi yang aku perlu rehatkan...

aku terus col dan buat appoinment dengan GYNEA d PPUM menyatakan aku dh pregnant bila buat UPT double line. Aku diberi tarikh untuk pemeriksaan di GYNEA.

*bersambung........

UJIAN ITU RAHSIA ALLAH S.W.T

Alhamdulillah dah lama rasanya aku xupdate blog nie rupa2nya mana tidaknya sibuk dengan sekolah PBS, SPLG, ADPM dan macam2 lagi..Macam2 nak share ng kawan2 tp rsya xsempat la nak update semua ni buat masa sekarang. InsyaAllah cuti sekolah nanti macam2 boleh aku tulis diari aku nie :-)

Aku semakin kuat dan kuat sebelum aku mmg seorang yang sangat LEMAH, syukur aku ada seorang suami yang sangat memahami dan banyak memberi SEMANGAT kepada aku. Aku seorang anak lelaki AIDIL AKIEF yang sangat comel dan buatkan aku gembira walaupun kadang2 sedih.

Panjang pulak aku berceloteh sebenarnya aku nak tulis mengenai UJIAN. ingatlah kawan2 semua bahawa apa yang terjadi kepada kita sebenarnya UJIAN dari NYA. Nie yg aku ambik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2419-ujian-itu-rahsia-allah-swt.html

Bismillahirahmanirahim..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Syukur kepadaMU TUHAN kerana berikan aku UJIAN dan membuatkan aku lebih kuat dan lebih mendekatkan diri dengan MU. Sebagai seorang HAMBA aku banyak alfa dengan kehidupan DUNIA....Terima kasih ALLAH...