Saturday, November 3, 2012

PREGNANT???

Alhamdulillah setelah 2x mengalami keguguran berturu-turut aku disahkan hamil pada 23 Mei 2012. Kiranya last period aku 26 April 2012, suka??? mesti lah suka bila tau. Tapi aku xkecoh2 ng semua orang sebab pengalaman BLEEDING sebelum nie membuatkan aku lebih berhati-hati.

Rutin harian aku macam biasa..tp aku banyak berehat dan tidak buat kerja berat. Banyaklah akvitivi yang aku perlu rehatkan...

aku terus col dan buat appoinment dengan GYNEA d PPUM menyatakan aku dh pregnant bila buat UPT double line. Aku diberi tarikh untuk pemeriksaan di GYNEA.

*bersambung........

UJIAN ITU RAHSIA ALLAH S.W.T

Alhamdulillah dah lama rasanya aku xupdate blog nie rupa2nya mana tidaknya sibuk dengan sekolah PBS, SPLG, ADPM dan macam2 lagi..Macam2 nak share ng kawan2 tp rsya xsempat la nak update semua ni buat masa sekarang. InsyaAllah cuti sekolah nanti macam2 boleh aku tulis diari aku nie :-)

Aku semakin kuat dan kuat sebelum aku mmg seorang yang sangat LEMAH, syukur aku ada seorang suami yang sangat memahami dan banyak memberi SEMANGAT kepada aku. Aku seorang anak lelaki AIDIL AKIEF yang sangat comel dan buatkan aku gembira walaupun kadang2 sedih.

Panjang pulak aku berceloteh sebenarnya aku nak tulis mengenai UJIAN. ingatlah kawan2 semua bahawa apa yang terjadi kepada kita sebenarnya UJIAN dari NYA. Nie yg aku ambik dari http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2419-ujian-itu-rahsia-allah-swt.html

Bismillahirahmanirahim..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Syukur kepadaMU TUHAN kerana berikan aku UJIAN dan membuatkan aku lebih kuat dan lebih mendekatkan diri dengan MU. Sebagai seorang HAMBA aku banyak alfa dengan kehidupan DUNIA....Terima kasih ALLAH...

Friday, July 6, 2012

akief..akief..


                                  AIDIL AKIEF BIN NORHAFIS HAIZAT      

eemmm..nie la pengubat suka duka kami suami isteri. mcm mana ntah anak lelaki aku nie dh pandai panggil aku mami...tetiba jer ckp.."mami..mami"!!!! bila aku ckp mama la...bukannnnn ma...mi la. Pastu bila aku xdengar bila dia panggil dia terus ckp mami monster...ehhh budak nie dalam hati aku. "ok kalau akief nak panggil mami, akief janji tau akief kena bagus2 xbly notty, kena terus kemas mainan lepas main". Terus dia ckp "ok mama..oopppss mami!!!

Pastu yang paling sweet...bila dia cari aku dia akan panggil.."mami...mami oooo mami" eehhh nak tergelak ader sebabnya dah la akief nie lambat bercakap umur dia nak masuk 2thn barulah dia mula nak bercakap sampaikan MIL aku kata "kenapa akief nie xleh ckp ker". Tapi sekarang ckp jer xhenti2
sampai penat nak melayan.

Aku rasa nie pengaruh di sekolah kawan2 agaknya..tp yang peliknya taska yang aku letak akief nie bukannya kawasan elite pun...Tapi xtau la belajar kat mana, xder dah tempat lain mmg sah di sekolah rasanya...mami pun mami lah asalkan akief gembira dan selesa.

Syukur Allah kena kurniakan aku dan suami seorang anak yang cerdik dan comel...harapnya menjadi seorang anak yang berguna suatu hari nanti...InsyaALLAH.

Sunday, July 1, 2012

JIWA TENANG

ALHAMDULILLAH....baru seminggu aku d SAAS setakat nie hati aku tenang walaupun aku tahu aku orang baru macam2 beban keje baru akan aku hadapi. Tapi seriously aku mmg tenag di sana. Apa tidaknya semua pentadbir di sini buat keje ng tenang dan rileks jer..xder la terlalu protokol mcm d sekolah lama...

Aku bersyukur kepadamu YA ALLAH jika ini ketenangan yang telah engkau berikan kepada aku. WAlaupun hari ini full day aku kena jaga budak2 brass band tp hati aku tenang, aku pun buat keje dengan ikhlas...suka sangat la.

Monday, June 25, 2012

SMK SEKYEN7 to SAAS..

Hari nie bermula hari pertama kerja d tempat baru..xtau la mcm mana yea. So tempat keje baru aku nie pun akan jadi mcm penyapu baru la. OOOppppsss yang paling best aku balik semula ke sesi petang.

Tapi sebenarnya aku dh daftar pada isnin yang lalu dan aku juga telah hadir pada sabtu lalu sempena majlis anugerah kecemerlangan. Sepanjang sabtu lalu aku perhatikan sekolah tue ok la dr segi pengurusan. xla mcm sek lama aku buat majlis panggil ahli politik kena ikut protokol pastu ucapan lak panjang berjeler..kerja menyusahkan guru-guru jer..

Tapi harapan aku sekolah baru nie beri aku suasana baru yang lebih kondusif...ok hasnita selamat bekerja di tempat baru..

Sunday, February 19, 2012

17 Februari 2012

left ovary cyst
(nie pic yg ak ambk dlm internet, agak2 kot)

Jumaat sepatutnya appoinment aku ng doc kol8.00 pagi. Tapi biasa la siap lambat2 mcm xbermaya jer. Lebih kurang pukul 9.30 pagi kami keluar dari rumah, hantar si anak bujang ke sekolahnya yang hanya 2km dari rumah kami. Kemudian terus menuju ke PPUM biasa la highway persekutuan time2 pagi gini mmg la jam..Sepanjang perjalanan aku xbanyak cakap ng hubby banyak menyepi. Iyer la dlm fikiran mcm2 yg terdetik...

Sampai jer PPUM 10.15 pagi hubby stop d lobby. Sebelum turun aku sempat tanya hubby "Abang nak balik shah alam semula g office ker" aku bertanya. "xlah tunggu sekali la, abg g cari parking, saya g daftar lu yea" hubby menjawab soalan aku. First time nak g gynea klinik nie risau plak aku takut kena marah sebab dah lambat.
Tapi sampai d kaunter aku ambil nombor utk pendaftaran...sambil2 menunggu aku duduk d sebelum 2 org perempuan yg baya mak2 kita dan seorang lagi lebih kurang age aku. Biasalah bila time menunggu d hospital mcm nie dah jadi mcm press akhbar la plak...duk menanyakan sakit msing2. Tapi aku berasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana perempuan yg umur lebih kurang aku tue rupa2nya mengalami bengkak ovari..syukur aku dh ada suami dan aidil akief.

Lebih kurang 1jam menunggu sampai la giliran aku masuk ke bilik no 8. Dalam bilik tue ada Doktor muda lebih kurang awl 30an namanya Dr zizi. Sembang2 dia tanya itu ini...terus dia ckp kita buat PAP SMEAR hari nie...aku mcm terkejut skit..terus bersetuju jer la..pastu doc tue kata nanti masuk bilik 4 kita scan nak tgk ada lagi xsisa2 D&C hari tue...Terus aku aku apa yg doktor ckp...tapi hati aku tenang jer masa tue. Nurse suruh aku masuk kemudian doktor zizi menyusur.."ok yg D&C haru tue mmg dah CLEAR xder apa2 lg..eemmmm cuma ada cyst la di ovary u...left side..ahaks mmg cyst. Arrrggghhhh xtau nak ckp apa masa tue doc ambik ukuran 6cmx6cm..aku terus ckp besarnya doktor...dgn selamber doktor zizi ckp..xder la kecik jer...ceh sajer

to be continue....

Friday, February 10, 2012

Aku rindu Kamu

ct asma raya 2009
Siti Asma Busu actually dia juga BFF aku d Uitm..mmg best giler la kawan ng ct. Tapi selepas kawin dia duk d Indonesia. So nie last pic aku ng dia semasa raya 2009 sempat aku singgah jumpa dia otw dari kota bharu ke pahang.
to be continue....

Keputusan Darah

eemmm..xsabarnya nak g PPUM 17feb nie tau result darah..dh plan mcm2 soalan nak tanya doc bila jmp nt. Pikir nak anak rasa nak pregnant tp rasa takut lak bila pikir pasal miscarriage dan D&C. Tapi untuk 3rd time nie aku perlukan kekuatan mental dan sokongan dari semua pihak.
Nanti bila dh dapat result darah aku akan update dlm blog. Apa yg penting usaha dan tawakal..
Kadang2 mmg dh kuat tp bila g sek banyak keje last2 kena la pikir jugak. Harap2 aku dapat pindah sekolah yg hanya 2km dr rumah aku. Tapi mcm la sekarang nie rumah dan sekolah terlalu jauh.. arrgghh peduli la ramai jer cikgu2 d sek sekarang duk 2km jer dr sek. InsyaALLAH

Malasnya nak keje..

8 Feb 2012/Rabu hari nie abru mula keje setelah bercuti lebih kurang 18hari. Malas sangat nak g keje. tapi kesiankan murid2 nak ambik PMR aku kena abiskan topic bulan 5-6. pagi tue g sek pun mmg xceria...ingat lagi sampai jer d lobby sek turun dari kete aku terjumpa dengan Surie kiranya geng gak la d sek tue.."nita macam mana sihat?", xtau mengapa rasa touching sangat aku terus menangis dan anggukkan kepala jer..

nanti aku sambung esok ya..

Friday, February 3, 2012

My BFF...

yusdiana ...


Terima kasih utk yusdiana dtg melawat aku tadi bersama anaknya Haziq. Suka la bila geng mari borak2 hilang stress aku. Kiranya Yusdiana nie saing kacip aku di sekolah..sebab apa kami kacip xtau la bakpo meme Tuhan dh tentukan bakali....hehehehe. Yang bestnya dia nie sama negeri ng aku jadi senang la kami nak speaking. Ingat lagi mula2 aku posting ke sekolah tue ingat dia nie sombong tp at last boleh jadi saing kamcing sgt....Dan yg paling best muka dia pun mirip raihan Ishak..BFF aku semasa d Uitm hingga kini..


raihan..

Nie pula BFF zaman Uitm Shah alam hingga kini...kalaulah dia sama2 ng aku keje di shah alam kan best. Raihan nie plak orang Pasir Mas...pelik jugak kenapa la BFF aku semua org kelate..sebab senang nak speaking ko??? Atau sebab bila kelik Kelate masih boleh nak berhubung.. Aku rasa kalau Raihan nie keje di Kl atau Shah Alam mmg habis la pitis aku sebab dia pun giler shopping..


Intan Baizura

Intan nie merupakan BFF aku hok paling lama since di SMKB....Memang paling la kenangan semasa alam persekolahan ng dia..hehehe mongek (naik mtr ng intan)...monteng tuisyen n macam2 lagi ng intan...petang round kampung dari tg.chat ke PCB, dulu naik mtr isi minyak rm2 boleh g banyak tempat. Banyak la kenangan dengan intan nie...berniaga kacang butir??? ingat dop intan?? petang2 gie kedai pemborong cari kacang butir, jejari ubi...packing kecik2 jual di dalam kelas..kalau xsilap aku kami jual 50sen jah time tue...Intan sampai skg masih lagi jadi peniaga dari kacang butir kepada tudung heheheheheh.

Thursday, February 2, 2012

D&C lagi????



aarrrggghhhh....nightmare rasanya bila sekali lagi aku disahkan keguguran untuk kali ke2. Last aku buat D&C pada oct 2011 tup2 26 januari 2012 aku kena buat D&C lagi. Sedih tak terkata memang aku nak anak lagi. Tapi bila difikir2 semula Tuhan ingin menduga aku lagi. Dengan dugaan ini aku akan menjadi lebih kuat. Bila SIL aku ckp mcm2 bila aku "abort" lagi membuatkan aku lagi stress. Saat ini aku memang perlukan kata2 semangat dari semua org...Bukan aku xmau g hospital tapi aku pun nak tgk condition aku pada masa itu sebab kalau boleh aku tak mahu buat D&C untuk kali ke2. Pada pagi Jumaat aku ajak hubby ke PPUM disebabkan bleeding terlalu banyak dan aku rasa nak pitam jer...Minggu pertama selepas aku menjalani D&C mmg stress giler. Sebab sabtu 27 januari tue sepatutnya kami ke Singapore tempat yg dh lama aku idamkan yang pergi. Tapi xperlah Singapore xlari ke mana pun yang penting ader pitis semula jadi. Mana tidaknya bebanan kerja yang membuatkan aku terlalu stress. Semua orang cakap cikgu kerja relax n etc geram gak aku bila dengar. Cikgu banyak buat kerja2 admin..semua cikgu la yang buatnya. isshhhsskkk apa la aku nie macam merungut tugas aku sebagai seorang cikgu. tapi sebenarnya bukan merungut kenyataan. Minggu depan aku mesti jadi seorang yang lebih berani dan tabah menghadapi kenyataan. Suami aku kata yang aku tidak boleh menjadi pemimpin jika aku lebih dan tidak bersemangat mcm sekarang. Bila difikir2 semula betul jugak...PM kita relax jer bila org hentam dia mcm2...heheheh. Apa pun kali ini aku akan mulakan tugas dengan buat kerja yang termampu sahaja..bila la org nak ckp aku apa pun yg penting aku x stress..betul x????

Wednesday, February 1, 2012

3 tahun sudah berlalu...

Dah lama tak update blog yang ditinggalkan hampir 3 tahun. Rupa-rupanya blog ini dibuat semasaaku di zaman anak dara. Cepatnya masa berlalu, umurku sudah menjangkau ke angka 3..hehehe. Tanggal 2 Ogos 2008 merupakan hari yang paling bersejarah dalam hidup aku kerana aku bergelar isteri kepada NorHafis Haizat.

Maka bermula hidup baru sebagai sepasang suami isteri. kadang-kadang macam tak percaya kahwin juga rupanya aku ;-). kenapa tidaknya punyalah lama bercinta lebih kurang 6tahun rasanya kot...

Mula-mula macam tak percaya jer...Sememangnya perkahwinan itu sesuatu yang paling menyeronokkan....